Satu Mukadimah

Kali ini kita akan membincangkan tentang tokoh bahasa dan sastera. Ruangan ini adalah untuk memperkenalkan pencinta bahasa yang sentiasa mengikuti perkembangan bahasa Melayu di negara ini, Dr. Zaitol Azma Hamzah merupakan satu nama yang tidak asing sebagai seorang penulis yang prolifik dalam membincangkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Karya-karya Zaitol Azma berkaitan dalam bidang kebahasaan sering termuat dalam jurnal, majalah, dan akhbar tempatan.
Perjalanan Seorang Tokoh….
6:29 PG | Author: Halif
Ahlan Wasahlan....
Salamun A’alik...

Lembaran kali ini adalah serba sedikit tentang latar belakang insan yang bernama Zaitol Azma Hamzah yang merupakan seorang pensyarah dan pejuang bahasa Melayu. Marilah kita selami sejarah perjalanan pejuang bahasa ini.

Zaitul Azma Zainon Hamzah memulakan perjalanan sebagai seorang insan biasa dan memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak dari tahun 1968 hingga 1973.
Kemudian beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat menengah di Sek. Men. Keb. Raja Muda Musa, Kuala Kangsar, Perak semenjak tahun 1974 hingga 1978.pada tahun 1979 dan 1980. Kemudiannya insan yang bernama Zaitul Azma Zaino Hamzah telah melanjutkan pengajiannya di Tingkatan Enam di Sekolah Sek. Men Clifford, Kuala Kangsar, Perak darul Ridzuan.

Kemudiannya beliau berhasrat untuk menghabiskan pengajiannya diperingkat tingkatan Enam tidak kesampaian atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Namun rasa kecintaanya dalam menuntut ilmu, beliau tetap meneruskan perjuangannya untuk menggapai kejayaan hadiah buat ayahanda dan bonda tercinta. Beliau akhirnya mendapat peluang melanjutkan pelajarannya di maktab Perguruan Kinta, Ipoh Perak pada tahun 1980 hingga 1982.
Setelah tamat pengajiannya di peringakat maktab, beliau menjadi guru di sebuah sekolah di Perak. Walau bagaimanapun cita-citanya untuk mengecap kejayaan diperingkat tertinggi diteruskan. Pada tahun 1993 hingga 1997 insan yang tidak pernah kenal erti putus asa ini telah mengambil peluang untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah di Universiti Putra Malaysia. Hasil daripada kejayaan itu beliau meneruskan pengajiannya di peringkat Master 1998 hingga 2002.

Dalam sejarah perjalanan seorang pencinta bahasa yang bernama Zaitul Azma Zainon Hamzah ini dapat kita nilai sendiri betapa tekun, bersungguh-sungguh dan sabarnya beliau dalam mengejar impian dan diakhiri dengan kejayaan. Semoga Dr. Terus dimurahkan rezeki....Ameen......
|
This entry was posted on 6:29 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: