Satu Mukadimah

Kali ini kita akan membincangkan tentang tokoh bahasa dan sastera. Ruangan ini adalah untuk memperkenalkan pencinta bahasa yang sentiasa mengikuti perkembangan bahasa Melayu di negara ini, Dr. Zaitol Azma Hamzah merupakan satu nama yang tidak asing sebagai seorang penulis yang prolifik dalam membincangkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Karya-karya Zaitol Azma berkaitan dalam bidang kebahasaan sering termuat dalam jurnal, majalah, dan akhbar tempatan.
Penerbitan buku........
6:12 PTG | Author: Halif
Salamun A’laik…
Lembaran Ini meneruskan coretan tokoh bahasa kita…
Pada kali ini penulis akan menyenaraikan pernerbitan beliau dalam bentuk buku. Antara hasil buku terbitan beliau ialah :
Buku yang dihasilkan adalah berdasarkan kepakaran beliau. Buku hasil terbitan beliau secara individu ialah Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006) Memahami Pertuturan Kanak-kanak Melalui Analisis Pragmatik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Manakala buku seterusnya yang dihasilkan ialah buku terjemahan bersama, yang pertama ialah Zaitul Azma Zainon Hamzah .(2006) Program Latihan Jarak Jauh untuk Pegawai Teknologi Perubatan Nuklear Sinopsis Kursus dan Sukatan (Distance Assisted Training Programme for Nuclear Medicine Technologists’ -DAT), Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia.
Buku hasil terjemahan bersama kedua ialah Zaitul Azma Zainon Hamzah .(2007) Siddhartha. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia .(Editor)

Akhir sekali buku terjemahan bersama ialah Zaitul Azma Zainon Hamzah .(2008) The Orange Girl. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia .(Editor)

Ini adalah hasil buku-buku yang telah berjaya tokoh terbitkan. Hasil penulisan beliau dalam bidang beliau sedikit sebanyak telah membantu ramai pengkaji-pengkaji bahasa yang berminat dalam bidang Ilmu Semantik dan Pragmatik, Pengajaran Bahasa Melayu, Penelitian Kualitatif dalam Penyelidikan Bahasa, Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Terjemahan.
Sekian untuk lembaran kali ini....
Amenn.........
|
This entry was posted on 6:12 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: