Satu Mukadimah

Kali ini kita akan membincangkan tentang tokoh bahasa dan sastera. Ruangan ini adalah untuk memperkenalkan pencinta bahasa yang sentiasa mengikuti perkembangan bahasa Melayu di negara ini, Dr. Zaitol Azma Hamzah merupakan satu nama yang tidak asing sebagai seorang penulis yang prolifik dalam membincangkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Karya-karya Zaitol Azma berkaitan dalam bidang kebahasaan sering termuat dalam jurnal, majalah, dan akhbar tempatan.
Jawatan yang di sandang......
6:28 PTG | Author: Halif
Salamun A’laik....
Bicara tentang tokoh bahasa diteruskan lagi....
Dalam cebisan ini akan diceritakan tentang Jawatan yang pernah disandang oleh Dr.Zaitul Azma Hamzah.

Antara jawatan yang erpnah disandang oleh tokoh bahasa ini ialah sebagai Penyelia Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling Semester Kedua 2004/2005 dan semester pertama 2006/2007, Penyelia Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling Semester Kedua 2005/2006, Penyelaras Sistem Penasihat Akademik, FBMK (2004-2006 dan 2006-2007) Jawatankuasa Unit Penyelidikan dan Penerbitan Jabatan Bahasa Melayu 2004, Wakil Jabatan Bahasa Melayu ke majlis Forum ‘Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di IPTA 2004.

Selain itu beliau juga pernah terlibat dalam Penyediaan Brosur dan Kandungan Kursus untuk Unit Pemajuan Profesional tahun 2004. Beliau juga pernah menjawat sebagai Jawatankuasa Pemajuan Profesional Jabatan Bahasa Melayu 2004, Jawatankuasa Tentang Unjuran Aktiviti dan Belanjawan Tahun 2005, Jawatankuasa Tetirah Perekayasaan dan Pemantapan Kurikulum Jabatan Bahasa Melayu dan di Bilik Seri Amar pada 4 dan 5 Februari 2005. Pada tahun 2005 beliau diberi jawatan sebagai Pelapor Bengkel Pemacuan Penyelidikan, Perundingan dan Pengembangan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi seterusnya beliau terlibat dalam Bengkel Penyelarasan Pelan Strategi UPM-FBMK (2005-2010) di Genting International Convention Centre, Genting Highland pada 10-12 Februari 2006 dan Bengkel Pemantapan Siswazah dan Penyelidikan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Hotel Awana, Genting Highland pada 16-18 November 2006.

Selanjutnya, beliau pernah menyelaras Pusat Sumber FBMK (15 Jun 2007 – 14 Jun 2009), menjadi ahli Jawatankuasa Laman Web Fakulti ( 1 Februari 2008- 31 Januari 2010), dipilih sebagai Juruaudit Dalaman untuk Sistem Pengurusan Kualiti Skop Penyelidikan dan Pembangunan Komersil 8 Oktober 2008-5 Oktober 2010, dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengembangan FBMK bermula 15 April 2007 hingga 14 April 2009. Diberri kepercayaan untuk menyelaras Wisata Minda FBMK (2008-2010) dan Jawatankuasa Laman Web Fakulti ( 2008-2010).

Disamping itu juga beliau juga terlibat dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan khidmat awam seperti Penilai Buku Bahasa Melayu Bagi Kegunaan Kanak-kanak Tabika Kemas Tahun 2005- 2006, Pembimbing ‘On-Site’ Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, SMK Putrajaya Presint 11, Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan, Persatuan Penduduk Desa Surada 2005-2007 dan Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan, Persatuan Penduduk Desa Surada 2008-2010.

Ini adalah sebahagian daripada jawatan yang pernah dan sedang dipertanggungjawabkan kepada beliau. Hal ini patut dicontohi oleh semua pelajar kerana Dr. Zaitul berjaya mengimbangi kerjaya dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan baik.
|
This entry was posted on 6:28 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: