Satu Mukadimah

Kali ini kita akan membincangkan tentang tokoh bahasa dan sastera. Ruangan ini adalah untuk memperkenalkan pencinta bahasa yang sentiasa mengikuti perkembangan bahasa Melayu di negara ini, Dr. Zaitol Azma Hamzah merupakan satu nama yang tidak asing sebagai seorang penulis yang prolifik dalam membincangkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Karya-karya Zaitol Azma berkaitan dalam bidang kebahasaan sering termuat dalam jurnal, majalah, dan akhbar tempatan.
Pencapaian dan Anugerah......
6:32 PTG | Author: Halif
Seulas Bicara….
Anugerah…..
Istilah anugerah bermaksud pemberian atau sesuatu penghargaan atas usaha-usaha yang dilakukan seseorang dengan hasil usaha yang bersungguh-sungguh. Digarap dengan sifat ketekunan dan berkeyakinan dalam menyelesaikan sesuatu kerja.
Lembaran kali ini ingin membincangkan tentang Penghargaan dan Anugerah yang diterima oleh Tokoh atau pejuang bahasa di zaman ini iaitu Dr.Zaitul. Hasil temuramah yang dilakukan ke atas beliau ternyata beliau bukanlah seorang yang suka membangga-banggakan diri dengan apa yang telah diperolehi, malah dia lebih merendah diri berbanding dengan tokoh-tokoh bahasa lain yang sudah lama dan baru berkecimpung dalam dunia bahasa Melayu. Namun dalam lembaran ini sekadar sebagai ungkapan tahniah penulis dalam bentuk teks ringkas kepada beliau.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Zaitul di atas penerimaan Anugerah Watikah/Sijil Penghargaan daripada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustakaa (DBP) atas sumbangan menjayakan Program Cuti Semester Pelajar Bahasa Melayu, Universiti Deakin, Melbourne, Australia dari 18 Disember 2004-31 Januari 2005.

Seterusnya beliau dianugerahkan Pingat Gangsa dalam Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi 2006. Interaksi Kaum Melalui Pengenalan Bahasa dan Budaya Melayu: Satu kajian Pragmatik.
Di samping itu beliau merupakan seorang penyelidik dan seorang pendidik yang sangat mementing mutu atau hasil kerja ang baik. Ini dapat dibuktikan dengan Anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang daripada Universiti Putra Malaysia iaitu perkhidmatan cemerlang selama empat tahun berturut-turut daripada tahun 2004 hingga 2007.

Walaupun pelbagai Anugerah yang beliau perolehi , beliau bukanlah seorang yang cepat berasa puas hati dengan apa yang telah diperolehi. Beliau masih lagi meneruskan perjuangan beliau sebagai pendidik untuk melahirkan anak- bangsa yang cintakan bahasa Melayu dan seorang penyelidik yang tidak mahu bahasa Melayu terus diperkotak-katikkan. Sebaliknya beliau terus berusaha untuk membuktikan bahasa Melayu sebagai salah satu cabang ilmu yng dapat memelihara jiwa bangsa Melayu. Sekian untuk kali ini….
Wassalam…….Ameenn…..
|
This entry was posted on 6:32 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: