Satu Mukadimah

Kali ini kita akan membincangkan tentang tokoh bahasa dan sastera. Ruangan ini adalah untuk memperkenalkan pencinta bahasa yang sentiasa mengikuti perkembangan bahasa Melayu di negara ini, Dr. Zaitol Azma Hamzah merupakan satu nama yang tidak asing sebagai seorang penulis yang prolifik dalam membincangkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Karya-karya Zaitol Azma berkaitan dalam bidang kebahasaan sering termuat dalam jurnal, majalah, dan akhbar tempatan.
KETIKA DAN KALIMAT
5:18 PG | Author: Halif

TUGASAN BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT

Bahasa Melayu merupakan salah sebuah bahasa yang unik untuk dipelajari dari aspek. Penggunaan bahasa melayu juga kini semakin diperkembangkan sejajar dengan kepesatan dan kemajuan dunia menuju era globalisasi. Dalan penulisan ini pengarang akan menceritakan pengalaman yang telah dilalui ketika mengikuti pembelajaran tentang bahasa Melayu dalam multimedia ataupun lebih dikenali dengan BBM 3401. Serba sedikit tentang subjek BBM 3410, subjek ini mempunyai hampir 100 orang pelajar dari bidang Bahasa dan Linguistik Melayu dan bidang Komunikasi. Seperti yang kita sedia maklum bahawa bahasa Melayu telah mengorak langkah dalam dunia ICT. Hal ini dapat dibuktikan dengan lambakan laman-laman web yang menggunakan bahasa Melayu walaupun tahap penggunaannya secara tidak bersistematik atau salah dari penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu. Namun, jika dilihat dari pandangan positif, penggunaan Bahasa Melayu secara tidak lansung semakin meluas penggunaannya dan membantu perkembangan bahasa Melayu sejajar dengan peredaran masa kini.

Dalam subjek ini para pelajar didedahkan dengan penggunaan sistem perkomputeran yang canggih dari segi sistem dan perisian dalam penggunaan secara lansung dan tidak lansung dalam kehidupan. Objektif pegajaran subjek ini kepada para pelajar adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar dari bidang sastera untuk mengaplikasikan bahasa Melayu dalam bidang ICT. Subjek ini dikendalikan oleh dua orang pensyarah yang berbakat bukan sahaja dari segi pengajaran malah mereka berdua juga berjaya menarik minat para pelajar untuk lebih memajukan diri dalam bidang ICT. Pensyarah tersebut ialah Dr. Normaliza Bt Abd. Rahim yang tegas dalam memberikan tugasan kepada pelajarnya. Namun kadangakala Dr. Normaliza berjaya mengambil hati para pelajarnya dengan sikap humornya. Ketegasan beliau sebenarnya adalah untuk mendidik para pelajanya supaya lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Manakala seorang lagi tenaga pengajar ialah Dr. Arbai’e B. Sujud. Beliau lebih bersikap bersahaja dalam pengajaran beliau namun, hal tersebut tidak boleh diambil mudah oleh pelajar kerana bidang ICT memerlukan kesungguhan hati untuk menguasai bidang ini.

Hasil daripada pengajaran yang telah disampaikan oleh kedua-dua pensyarah ini telah dibuktikan oleh para pelajar dengan penghasilan kalendar yang menggunakan perisian Adobe Photoshop, persembahan Multimedia menggunakan perisian Flash, Movie Maker dan Sony Vegas. Selain daripada itu, para pelajar juga diberi peluang untuk menghasilkan ‘website’ dan blog yang kreatif mengikut kreativiti sendiri dan diberi garis panduan serba sedikit oleh kedua-dua pensyarah dan dibantu dua tutor dalam kelas amali.

Sebelum diceritakan dengan lebih lanjut, para pelajar kelas BBM 3410 ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugasan yang diberikan oleh pensyarah berdasarkan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Hal ini adalah untuk melihat sejauh mana para pelajar kelas tersebut Berjaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari supaya para pelajar lebih berkebolehan dalam dunia teknologi yang semakin canggih ini.

Pada peringkat permulaan dalam subjek ini, para pelajar diceritakan tentang asal- usul tentang multimedia, bagaimana dunia teknologi baru ini menular ke seluruh dunia hingga sampai ke Malaysia. Selain itu pada peringkat ini juga, para pelajar didedahkan dengan tahap-tahap perkembangan teknologi seperti telefon, komputer dan sebagainya. Kemudian para pelajar diberikan soalan berkaitan dengan apa yang telah dipelajari untuk mengukuhkan pemahaman tentang apa yang telah disampaikan.

Pada sesi pengajaran seterusnya para pelajar didedahkan dengan perkara-perkara asas dalam penghasilan grafik. Terdapat lima perkara asas dalam penghasilan grafik iaitu teks, keseimbangan, kesesuaian, warna dan…Dalam tugasan individu pertama, para pelajar dikehendaki menghasilkan persembahan ‘slide show’ menggunakan perisian Microsoft Power Point. Dalam tugasan ini para pelajar dikehendaki mencari satu tajuk berdasarkan isu-isu semasa. Para pelajar juga tidak boleh memilih tajuk-tajuk yang sama atau tajuk yang sudah biasa diperbahaskan. Persembahan slide show ini diberi masa dalam seminggu untuk disiapkan oleh para pelajar.

Dalam tugasan ini saya telah memilih tajuk “Langkawi Geopark” untuk dipersembahkan kerana Langkawi merupakan sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia. Malah Langkawi juga telah dipilih sebagai Geopark kerana tarikan dan keunikan yang semula jadi. Langkawi sebagai Geopark juga telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO dan ASEAN. Dengan menggunakan asas-asas grafik yang telah dipelajari persembahan saya berjaya dihasilkan dengan baik. Selain itu dalam persembahan slide show tersebut saya telah memasukkan lagu tema Langkawi Geopark supaya dengan unsur lagu tersebut penonton dapat merasai bagai berada di Langkawi sambil menikmati keindahan dan keunikkan yang terdapat di Langkawi. Dalam persembahan ini perkara yang ditekankan ialah kejelasan gambar, tulisan, menarik, kreatif dan ketetapan masa yang diberikan iaitu selama 7 minit.





Tugasan kedua yang saya telah pelajari dalam subjek ini ialah penghasilan kalendar dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Dalam penghasilan kalendar ini juga asas-asas grafik amat ditekankan. Penggarapan kelima-lima asas tersebut dapat menghasilkan sebuah kalendar yang menarik dan dan unik. Saya telah memilih tema ‘warna’ dalam kalendar saya. Sesuatu warna adalah sebahagian daripada personaliti seseorang. Warna juga mercerminkan atau melambangkan satu unsur yang wujud dalam diri seseorang. Di samping itu juga saya memasukkan gambar-gambar daripada simpanan saya sebagai perhiasan dalam kalendar tersebut. Dalam pengajaran kali ini, saya telah mempelajari sesuatu yang baru iaitu penggunaan perisian Adobe Photoshop. Manakala dari sudut rohani pula, pembelajaran menghasilkan kalendar ini mengajar saya erti kesabaran kerana penggunaan perisian ini memerlukan tumpuan dan ketelitian yang sempurna untuk mendapat hasil yang terbaik. Selain daripada menghasil kalendar, perisian ini lebih kepada aspek ‘design’, seperti corak pada baju, buku kad ucapan dan sebagainya. Saya akui bahawa pembelajaran tentang Adobe Photoshop inilah yang paling menarik minat saya.












Tugasan seterusnya kami diajar cara untuk mengambil gambar dengan berkesan untuk dijadikan bahan dalam persembahan multimedia. Persembahan multimedia berkumpulan ini bertemakan peribahasa Melayu. Semua kumpulan perlu mempersembahkan 20 peribahasa berdasarkan gambar yang telah diambil. Gambar yang diambil mestilah dalam keadaan yang seperti benar-benar berlaku bukan lakonan, walaupun hakikatnya ia adalah sebuah lakonan. Dalam teknik mengambil gambar, jurufoto dan individu yang diambil gambar perlu mengfokuskan seratus peratus usaha untuk menghasilakan sebuah gambar yang terbaik. Penekanan kepada jurufoto ialah cara memegang kamera dengan betul perlu dipraktikkan. Selain itu seseorang jurufoto juga perlu pandai melihat sudut yang sesuai dengan gambar yang ingin diambil.Unsur-unsur cahaya juga perlu dititikberatkan suapay gambar itu tidak ada celanya.

Manakala individu atau model yang diambil gambar pula perlu menekankan aspek ekspresi muka dan gaya yang dipersembahkan. Ini kerana gaya dan ekspresi muka memainkan peranan penting dalam penghasilan gambar yang baik. ‘Tekstur’ badan juga salah satu ciri yang amat penting dalam proses fotografi ini. Kerana tekstur badan inilah akan memberi penilaian kepada penonton tentang maksud yang ingin kita sampaikan.





Tugasan berikutnya kami diminta untuk menghasilkan draf untuk e-majalah. Tugasan berkumpulan ini memerlukan daya kreativiti dan kerjasama ahli kumpulan untuk berkongsi idea-idea yang bernas untuk menghasilkan e-majalah yang berinformasi dan menarik. Tema yang dipilih dalam e-majalah kumpulan saya ialah “Warna Personaliti Diri”. Hasil kerjasama ahli kumpulan draf e-majalah kami berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Dalam e-majalah tersebut mengandungi ciri-ciri warna dalam personaliti diri, poster, ruangan iklan, ruangan video dan kuiz kepada pelayar-pelayar yang sentiasa mengunjungi e-majalah tersebut.

Setelah mempelajari perkara-perkara asas dalam grafik dan teknik-teknik mengambil gambar, kami diberi tugasan untuk membuat satu lawatan ke rumah anak yatim. Dalam tugasan ini dua kumpulan digabungkan untuk memudahkan perlaksanaan lawatan tersebut. Lawatan ke rumah anak yatim tersebut diadakan adalah bertujuan untuk melihat sendiri kehidupan anak-anak yatim di sana. Kemudiannya kami ditugaskan untuk mengadakan satu aktiviti bagi mengurangkan kesedihan mereka. Di samping itu, kami diminta untuk mempersembahkan aktiviti yang kami jalankan di sana dengan persembahan multimedia. Lokasi rumah anak yatim yang dipilih ialah rumah anak-anak yatim Sekendi, Sabak Bernam Selangor. Oleh kerana rumah anak yatim tersebut agak jauh daripada UPM, kami telah menyewa 3 buah kereta untuk memudahkan perjalanan kami ke sana, malah kami bertolak sehari lebih awal supaya proses perlaksanaan aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. Sebelum bertolak ke rumah anak yatim tersebut, kami telah menyediakan sedikit makanan untuk anka-anak yatim. Setelah tiba di sana kami menjalankan aktivit yang dirancang dengan sebaik mungkin. Dalam pada itu beberapa ahli kumpulan telah ditugaskan untuk mengambil gambar ketika aktiviti dijalankan dan menemuramah beberapa orang anak yatim untuk dimasukkan dalam persembahan multimedia.

Akhirnya gabungan kedua-dua kumpulan selesai menjalankan aktiviti di rumah anak yatim dengan jayanya dan berjaya menghasilkan sebuah persembahan multimedia yang telah ditugaskan. Hasil tugasan ini, sedikit sebanyak mengingatkan kita bahawa masih ada lagi golongan yang memerlukan bantuan kita bukan sahaja dari wang ringgit, tapi dari segi kasih sayang dan pengorbanan yang kita ikhlas sumbangkan.






Pada pembelajaran seterusnya, kami diajarkan cara-cara untuk menghasilkan “Papan Cerita” yang berkesan. Kami juga didedahkan dengan ‘Konsep Papan Cerita, Tujuan Papan Cerita, Prosedur Penyediaan Papan Cerita dan Masalah penyediaan Papan Cerita. Dalam konsep papan cerita mementingkan aspek skrip, Input dan maklumat, Kandungan dan keperluan serta Intisari kandungan dan pemerincian. Manakala dalam penghuraian tentang Tujuan Papan Cerita menekankan tentang persediaan bahan, penyediaan instrument multimedia, penyediaan keperluan dan kepakaran, perbelanjaan, mengenalpasti masalah dan mengetahui cabaran dalam pengahasilan papan cerita. Prosedur penyediaan papan cerita pula membahaskan tentang perancangan, perbincangan, pelaksanaan, mengenal pasti keperluan dan mengetahui elemen-eleman penting dalam multimedia. Akhir sekali kami dijelaskan tentang masalah penyediaan papan cerita yang merangkumi tentang kepakaran individu dalam multimedia, penyaringan maklumat, pemindahan maklumat dan penyaluran maklumat.

Tugasan berkumpulan ini perlu menyiapkan draf papan cerita seperti mana yang telah diajarkan. Tajuk yang diberikan ialah tentang rentetan setelah berlakunya bencana alam ‘Tsunami’. Dalam tugasan ini kami berjaya menyiapkan draf tersebut, namun kami gagal menyediakan draf yang sebagaimana dikehendaki. Walau bagaimanapun pujian tetap terus diberikan kepada setiap ahli kumpulan kerana bertungkus-lumus memerah idea untuk menyiapkan tersebut.




Dalam tugasan seterusnya kami dikehedaki menghasilkan sebuah ‘website’ secara individu. Dalam proses penghasilan ‘website’ ini kami telah menggunakan perisian ‘FrontPage’. Cara perekaan ‘website’ adalah bergantung kepada kekreatifan pelajar sendiri untuk mengubah suai ‘website’ tersebut menjadi sebuah website yang menarik dan lain dari yang lain. Proses penghasilan website ini memerlukan ketelitian yang mendalam kerana prosesnya yang agak rumit dan mencabar ketahanan mental.

Website tersebut hendaklah dimasukkan biodata peribadi, hobi, aktiviti pengalaman dan kenangan, koleksi gambar, koleksi hasil nukilan seprti sajak dan cerpen serta pelbagai lagi unsur yang sesuai seperti muzik latar yang dapat membangkitkan keinginan pelayar untuk melayari website tersebut. Saya telah memilih tema ‘abstrak’ iaitu semua ‘pages background’ diletakkan dengan gambar-gambar abstrak yang menarik.

Seterusnya kami mempelajari bagaimana untuk menghasilkan sebuah papan iklan yang berada di sekitar jalan. Dalam penghasilan papan iklan ini asas-asas grafik sekali lagi ditekankan untuk member hasil yang terbaik. Dalam proses pengahsilan papan iklan ini, kumpulan kami telah memilih minyak pelincir kenderaan sebagai barang yang hendak diiklankan. Setiap kumpulan hendaklah melakarkan papan iklan tersebut dengan kreatif ataupun sebuah papan iklan yang ringkas tetapi dapat member kefahaman kepada pemerhati untuk memahami iklan yang disamapaikan. Dalam tugasan ini kumpulan kami telah melakar lima draf yang berbeza mengikut peredaran zaman iaitu pada awal barang tersebut mula diklankan sehinggalah pada hari ini. Dalam setiap draf mestilah berbeza kerana zaman sentiasa mahukan perubahan yang sesuai dengan zaman tersebut.

Tugasan yang terakhir ialah kami dikehendaki menghasilkan sebuah ‘blog’ secara individu. Dalam proses penghasilan blog ini kami dikehendaki menggunakan laman web blogspot.com untuk memiliki blog sendiri. Dalam penghasilan blog ini kami perlu mengubahsuai blog tersebut menjadi lebih menarik mengikut daya kreatif masing-masing.

Dalam blog ini juga kami diberi dua tugasan lain iaitu membicarakan tentang tokoh bahasa yang terdapat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Di samping itu, setiap pelajar perlu menemuramah tokoh yang dipilih dan menceritakan segala hal yang berkaitan tentang tokoh tersebut. Dalam tugasan ini saya telah memilih Dr. Zaitul Azma Zanon Bt. Hamzah iaitu seorang pensyarah Jabatan Bahasa Melayu yang arif dalam bidang Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Beliau juga telah banyak menghasilkan artikel, jurnal dan kajian dalam bidang ini. Walau bagaimanapun Dr. Zaitul tetap menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan sebelum berjaya seperti sekarang. Berdasarkan temuramah yang dijalankan, beliau merupakan anak ketiga dan anak sulung perempuan pertama dalam keluarga En. Hamzah. Beliau mempunyai lapan lagi orang adik. Jelas sekali ketika saya dan beberapa orang rakan menemuramah beliau perwatakan beliau sebagai seorang kakak masih terpancar di wajah beliau. Beliau juga seorang pendidik yang tegas dalam melakukan kerjanya. Hal ini dapat dibuktikan dengan banyak kajian-kajian yang telah beliau jalankan. Secara jujurnya saya cukup kagum dengan sejarah perjalanan hidup beliau sebelum menjadi seorang pensyarah. Serba sedikit tentang sejarah beliau, latar keluarga beliau adalah dari golongan yang sederhana. Beliau pernah membantu ayahnya melakukan kerja-kerja di sawah. Malah perkara ynag paling mencuit hati apabila beliau terpaksa beberapa kali mengorbankan masa depannya iaitu untuk melanjutkan pelajaran kerana dia masih mempunyai ramai lagi adik untuk diberi peluang untuk belajar. Namun hasil berkat usaha gigih dan kesabaran beliau berjaya meninggalkan segala keperitan yang dulu menjadi penghalang kepada beliau. Kini beliau telah bergelar seorang pensyarah, manakala pengorbanan yang dilakukan leh beliau amat berbaloi kerana adik-adiknya juga masing-masing telah berjaya dalam hidup. Beliau juga pernah menyebut bahawa beliau amat mengkagumi Tokoh Bahasa Melayu iaitu Asmah Hj. Omar dan beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seperti Asmah Hj Omar. Sebagai seorang pelajar yang pernah dibimbing beliau saya mendoakan beliau agar apa yang dicitakan beliau akan dikabulkan tuhan.






Dalam satu lagi tugasan, semua pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah esei ringkas tentang subjek ini yang bertajuk ‘Ketika dan Kalimat’.Esei yang dikarang setiap pelajar hendaklah menggunakan tulisan Bookman Old Style, manakala menggunakan ‘single spacing’ dan perlu dihantar dalam bentuk ‘hard copy’. Selain itu hasil karangan itu juga dikehendaki mengandungi sepuluh halaman mukasurat.

Setelah selesai menjalankan semua tugasan maka tamatlah sesi pengajian tentang bahasa dalam multimedia khususnya bahasa Melayu yang kini semakin dipinggirkan. Namun dengan adanya subjek seperti ini kita dapat mengetahui tentang cara untuk kita mempromosikan bahasa Melayu dengan kesesuaian zaman yang sentiasa berubah. Saya sebagai salah seorang pelajar subjek ini berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mengikuti kursus subjek ini. Selain itu, ilmu dalam multimedia ini juga boleh dijadikan sebagai ilmu tambahan kepada golongan bahasa yang kini dikatakan kurang mendapat tempat dalam bidang pekerjaan. Namun penyataan itu perlu diubah untuk membuktikan bahawa ‘budak bahasa’ bukannya calang-calang orangnya. Budak bahasa juga mampu untuk menjadi seorang yang kreatif dan berseni. Sepatutnya setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia perlu berbangga dengan memperlajari ilmu tentang bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda. Hal ini kerana bahasa Melayu merupakan lambang jati diri bangsa yang perlu dikekalkan. Jika kita lihat sekarang ternyata bahasa melayu sememangnya dipinggirkan oleh pihak-pihak yang tertentu atas kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya kepada bangsa dan masyarakat. Hal ini perlu ditekankan kepada semua golongan masyarakat supaya bahasa melayu kembali menjadi sebuah bahasa yang tinggi.

Akhirnya sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar BBM 3410 kerana tanpa mereka pengetahuan saya tentang multimedia tidaklah seperti sekarang. jujurnya saya coretkan di sini bahawa saya seorang yang jahil tentang IT. Namun setelah mengikuti kursus ini sedikit sebanyak telah menambah pengetahuan saya dalam bidang ini.









|
This entry was posted on 5:18 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: