Satu Mukadimah

Kali ini kita akan membincangkan tentang tokoh bahasa dan sastera. Ruangan ini adalah untuk memperkenalkan pencinta bahasa yang sentiasa mengikuti perkembangan bahasa Melayu di negara ini, Dr. Zaitol Azma Hamzah merupakan satu nama yang tidak asing sebagai seorang penulis yang prolifik dalam membincangkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Karya-karya Zaitol Azma berkaitan dalam bidang kebahasaan sering termuat dalam jurnal, majalah, dan akhbar tempatan.
Kelayakan .....
6:10 PTG | Author: Halif
Selembar Warkah….
Salamun A’alaik…..
Kelayakan Akademik Tokoh…..
Lembaran warkah kali ini ingin membicarakan tentang kelayakkan Tokoh sebagi seorang pendidik dan penyelidik. Hasil usaha gigih Dr. Zaitul beliau telah berjaya membuktikan beliau juga mampu untuk berjaya seperti orang lain. Lembaran ini ingin merungkai hasil kejayaan beliau yang menjadi bukti bahawa beliau seorang layak dianggap pejuang bahasa Melayu di era ini.
Pada peringkat permulaan beliau telah mendapat Sijil Perguruan (Pendidikan Awal Kanak-kanak)pada tahun 1982 di maktab perguruan Kinta, Perak Darul Ridzuan. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia dalam Ijazah Bacelor. Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama)pada tahun 1997.

Beliau menyambung pengajian beliau ke peringkat seterusnya pada tahun 2000 dalam Ijazah Master Sastera (Bahasa Melayu) dan Ijazah Doktor Falsafah (Bahasa Melayu) pada tahun 2002 di Universiti Putra Malaysia. Manakala pada tahun 2005 beliau telah menerima Diploma Terjemahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka & Persatuan Penterjemah Malaysia.

Inilah antara kelayakan Akademik yang telah diterima Dr. Zaitul hasil usaha dan kesungguhan beliau untuk menjadi seorang pejuang bahasa.
|
This entry was posted on 6:10 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: