Satu Mukadimah

Kali ini kita akan membincangkan tentang tokoh bahasa dan sastera. Ruangan ini adalah untuk memperkenalkan pencinta bahasa yang sentiasa mengikuti perkembangan bahasa Melayu di negara ini, Dr. Zaitol Azma Hamzah merupakan satu nama yang tidak asing sebagai seorang penulis yang prolifik dalam membincangkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Karya-karya Zaitol Azma berkaitan dalam bidang kebahasaan sering termuat dalam jurnal, majalah, dan akhbar tempatan.
Pengenalan
6:06 PTG | Author: Halif
Tanggal 31 Januari 1961, telah lahirlah ke dunia, si comel perempuan anak kepada Encik Hamzah. Rasa syukur terus dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dikurniakan anak perempuan pertama di dalam keluarga tersebut. Walaupun dalam keadaan yang biasa namun tenang si ayah menyambut tangisan itu. Dalam tilikan mata seorang lelaki bergelar bapa, akhirnya memanugerahkan Zaitul Azma kepada bayi comel itu. Tidak ketinggalan nenek si comel juga ingin menamakan bayi comel itu lalu letakkan Zainon di akhir nama bayi itu. Akhirnya terciptalah serangkai nama yang unik iaitu Zaitul Azma Zainon Bt. Hamzah. Keunikan yang dapat dilihat dalam nama tersebut ialah dalam setiap nama tersebut mempunyai konsonan ‘Z’.
D sini bermulalah detik-detik perjalanan seorang pejuang bahasa. Sejarah kecilnya telah mengajar erti kehidupan sebagai seorang insane yang bergelar ‘al-mar’ah’(perempuan). Merupakan anak ke tiga dalam keluarganya. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang sederhana sehingga kini beliau tidak pernah sekali merungut tentang kesusahan dan kepayahan yang dihadapinya. Sebaliknya dia menjadikan segala maslahah itu sebagai cabaran untuknya mencapai kejayaan dan mengubah nasib hidup keluarganya.
Pada usia kecilnya beliau telah diberikan didikan yang sempurna tentang ilmu agama dan diterapkan nilai-nilai murni sebagai seorang Melayu. Akhirnya dia berjaya mengahdapi semua itu dengan berkat kesabarannya. Dan kini beliau telah berjaya mencapai segala impiannya. Beliau yang dimaksudkan ialah Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah.
|
This entry was posted on 6:06 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: