Satu Mukadimah

Kali ini kita akan membincangkan tentang tokoh bahasa dan sastera. Ruangan ini adalah untuk memperkenalkan pencinta bahasa yang sentiasa mengikuti perkembangan bahasa Melayu di negara ini, Dr. Zaitol Azma Hamzah merupakan satu nama yang tidak asing sebagai seorang penulis yang prolifik dalam membincangkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Karya-karya Zaitol Azma berkaitan dalam bidang kebahasaan sering termuat dalam jurnal, majalah, dan akhbar tempatan.
5:49 PG | Author: Halif
Entri ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan seorang dari pensyarah yang juga merupakan tokoh bahasa yang saya kagumi kerana kesungguhannya dalam memperjuangkan bahasa jiwa bangsa kita, mempertahankan satu dari entiti jati diri kita : Bahasa Melayu. Beliau juga merupakan seorang yang sangat tekun dan bersungguh-sungguh dalam membimbing dan menyemai benih-benih anak bangsa yang akan terus menyambung perjuangan dalam memartabatkan bahasa Melayu. Kudratnya yang tidak pernah kenal erti kalah dan berputus asa dan segea dalam memastikan akan ada benih yang bakal menjadi pepohon segar yang akan terus memayungi Bahasa Melayu telah berjaya menyematkan dengan utuh rasa cinta dan seronok dalam mempelajari, mendalami dan menyayangi bahasa Melayu di dalam jiwa pelajar-pelajarnya. Beliau yang saya sebutkan itulah Dr. Zaitul Azma binti Zainon Hamzah.Beliau yang saya sebutkan ini seorang yang sangat cintakan ilmu dan tidak pernah berasa jemu dengan ilmu. Banyak buku, artikel, jurnal, bahan-bahan ilmiah, rencana, monograf dan penulisan lain seperti kertas-kertas kerja dan penulisan untuk buku prosiding telah dihasilkan beliau sepanjang penglibatannya dalam dunia akedemik.Belia juga kerap menghadiri pembentangan kertas kerja sepanjang penglibatan beliau dalam dunia ilmiah.Entri Tokoh Itu : Siri 1 ini saya sudahkan dengan ucapan rasa terima kasih kepada beliau kerana telah menjadi salah seorang dari pendidik yang saya hormati dan seorang ibu yang penyayang kepada anak didiknya. Karya, sumbangan, penulisan dan segala aktiviti beliau di dalam bidang akedemik akan saya ceritakan di dalam sambungan entri yang lain.
|
This entry was posted on 5:49 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: