Satu Mukadimah

Kali ini kita akan membincangkan tentang tokoh bahasa dan sastera. Ruangan ini adalah untuk memperkenalkan pencinta bahasa yang sentiasa mengikuti perkembangan bahasa Melayu di negara ini, Dr. Zaitol Azma Hamzah merupakan satu nama yang tidak asing sebagai seorang penulis yang prolifik dalam membincangkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Karya-karya Zaitol Azma berkaitan dalam bidang kebahasaan sering termuat dalam jurnal, majalah, dan akhbar tempatan.
Aktiviti Perundingan bersifat rasmi.......
6:26 PTG | Author: Halif
Titis-titis permata sebagai seorang Ilmuan......

Selain daripada sibuk menjalankan tugas selaku pensyarah dan penyelidik , Dr. Zaitul juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam aktivit-aktivit rasmi di peringkat luar dan dalam Universiti.

AKTIVITI PERUNDINGAN DENGAN INSTITUSI DALAMAN.

Diperingkat Universiti beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan Akhir Kolej Yayasan Melaka UPM-IPTS dalam Program Bacelor pada Semester Mei di Kolej Yayasan Melaka bertarikh 13 hingga 18 Oktober 2003.
Penglibatan beliau sepanjang tahun sekitar 2005 dan 2006. Beliau juga pernah menjadi Tenaga Pengajar Program Cuti Semester Pelajar Bahasa Melayu, Universiti Deakin, Melbourne, Australia dari 18 Disember 2004 hingga 31 Januari 2005 dan 19 Disember 2005- 27 Januari 2006. Dr. Zaitul juga pernah menjadi fasilatator dalam Bengkel Bahasa dan Komunikasi FBMK,UPM di Hotel Cititel, Midvalley, KL pada 14 hingga 16 Januari 2005. Pernah menjadi Penilai Manuskrip ” Membaca: Proses dan Strategi’ Penerbit UPM 2007 dan Juruaudit Dalaman Sistem Pengurusan Kualtit Skop Penyelidikan dan Pembangunan Komersil 2008-2010.

Selain itu beliau juga terlibat secara tidak lansung dalam bidang penyuntingan. Antara tugas yang pernah dikendalikan beliau ialah sebagai penyunting ‘Questionnaire Lang Choise’ untuk Bahagian Penyuntingan dan Penterjemahan, FBMK,UPM. Penterjemah ‘Laman Web Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,UPM’ untuk Bahagian Penyuntingan dan Penterjemahan. Penterjemah ‘Distance Assisted Training Programme for Nuclear Medicine Technologists’ untuk Fakulti Perubatan, UPM. Penterjemah ‘Distance Assisted Training Programme for Nuclear Medicine Technologists’ untuk Fakulti Perubatan, UPM. Penterjemah ‘Buku Coffee Table’ Sempena Sambutan Jubli Intan UPM’.

Beliau juga pernah diundang sebagai juruacara dalam majlis-majlis rasmi dan sebagai hakim dalam pertandingan-pertandingan yang melibatkan unsur penggunaan bahasa Melayu. Antara penyertaan beliau dalam acara ini ialah Hakim Pertandingan Debat , Program Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni, UPM 2005. Hakim Sayembara Puisi Interkolej 2006 dan 2007 anjuran Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM dengan kerjasama Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail di Astaka Seni, UPM pada 24 Ogos 2006.Hakim Program Fiesta Warisan Pantun Tiga Penjuru (FIRU’S IV) Sesi 2006/2007 dan sesi 2007/2008 anjuran Kolej Cancelor UPM di Dewan Kolej Canselor. Hakim Malam Deklamasi Sajak Wanita 2007 (MADESWA 07) Sempena Karnival Cergas Ceria Bersamamu Wanita 2007.

Manakala penglibatan beliau dalam tugas-tugas lain ialah sebagai Penceramah Program Cuti Semester Pelajar Jurusan Bahasa Melayu DBP-PSU-UPM 2008. Pemeriksa Esei Sempena Pertandingan Penulisan Esei Hari Siswi Antara Universiti di Lembah Kelang 2008. Penceramah Kursus Permulaan Graduan (Starting School) ke-2 Anjuran Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia ke-2 2007 dan ke-3 2008.


AKTIVITI PERUNDINGAN DENGAN INSTITUSI LUAR


Beliau juga seorang yang aktif dengan aktiviti-aktiviti ramsi yang melibatkan Institusi luar antaranya beliau pernah menjadi Jurulatih Modul Kenegaraan Siri 1,2, dan 3 (2004) di Kem Warisan, Melaka. Sebagai Pembimbing ‘On-Site’ Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, SMK Putrajaya Presint 11. Pemeriksa bagi Kursus LANH 1303-Perjanjian Malaysia oleh Open University Malaysia 2004.

Beliau juga secara rasmi terlibat dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia yang pernah ditugaskan sebagai Panel Pentaksir, Penggubal dan Pemeriksa Soalan Bahasa Melayu 910/1 STPM, Majlis Peperiksaan Malaysia. Manakala beliau juga berbakat dalam menyampaikan ceramah dan pernah menjadi penceramah jemputan di Penceramah Siri Wacana PPBL, UKM- Analisis Deskriptif Bahasa Melayu Novel Terjemahan “Kenang-kenangan Seorang Geisha” di Bilik Mesyuarat PPBL pada 15 September 2006.

Selebihnya beliau pernah menjadi Panel Penilai Ekspo Penyelidikan dan Innovasi, UPSI kali Ke-4, Universiti Penyelidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, pada 22-26 Januari 2007. Pembaca Pruf Sambilan Novel ”Siddhartha” Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. (2007). Penilai artikel ‘Budaya Penyelidikan dan penerbitan Bertamdun : Satu Sinergi untuk GEMA Online Journal of Language Studies, School of Language Studies and Linguistics, Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM. Penilai artikel ‘Budaya Penyelidikan dan penerbitan Bertamdun : Satu Sinergi untuk GEMA Online Journal of Language Studies, School of Language Studies and Linguistics, Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM. Penulis Modul Rujukan Pantas Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka2007). Penatar Kursus Keterampilan Bahasa untuk Komunikasi Berkesan, Penulisan Laporan, Surat Rasmi, Minit Mesyuarat dan Kertas Cadangan anjuran Persatuan Linguistik Malaysia. Penyunting Dokumen “The National Higher Education Strategic Plan” Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penulis buku STPM Bahasa Melayu Kertas 1 (2008) Cerdik Publications Sdn Bhd. Ahli Panel Hakim Anugerah Citra Iklan Televisyen dan Anugerah Citra Iklan Radio 2007 DBP. Penilai Projek Kamusku: Kenali Manusia : Dewan Bahasa Pustaka 2008 DBP . Penulis Artikel di Ruangan Prasekolah DBP. Penterjemah Sambilan “The Orange Girl” Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Penilai artikel ‘Plagiarism and The New Media Culture’ untuk The 2nd International Multi-Conference on Society, Cybernetics and Informatics (IMSCI 08) by International Institute of Informatics and Systematics dan Penilai artikel ‘Using Marking Criteria to Improve Learning: An Evaluation of Student Perceptions’ untuk The 2nd International Multi-Conference on Society, Cybernetics and Informatics (IMSCI 08) by International Institute of Informatics and Systematics, Orlando, Florida, USA. Penilai artikel ‘Identity, Community and Land Claims: The People of Kutama Face Contemporary South African Realities ’ untuk The International Journal of The Humanities, Common Ground Pub. Australia.
Penglibatan beliau ini telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang berdediakasi dalam menjalankan sebarang tugas. Oleh yang demikian beliau sering terpilih untuk diberi sebarang tugas keran kebolehpercayaan pihak penganjur kepada beliau tidak pernah pudar.
|
This entry was posted on 6:26 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: